Bapa dikecam ajar anak merokok

22 hours ago 10
Tangkap layar video menunjukkan si bapa mengajar anaknya yang masih kecil untuk menghisap rokok. - Instagram
  • Oleh KOSMO
  • 6 Mei 2026, 9:00 pm

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas dirakam mengajar anaknya yang masih kecil untuk menghisap rokok, lapor portal berita Okezone hari ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @vieeberkat menunjukkan lelaki yang tidak memakai baju itu dengan selamba memasukkan rokok ke dalam mulut anaknya. 

Lebih mengejutkan, perakam video yang juga isterinya hanya ketawa semasa melihat kejadian itu. 

“Seorang bapa mengajar anaknya menghisap rokok,” kata si isteri. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai. 

“Kalau tidak bersedia menjadi ibu bapa, jangan ada anak!” kata seorang netizen. 

“Sebab itu pentingnya mempunyai akal yang waras,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |