Banjir landa Sulawesi Utara, 14 maut, 6 hilang

23 hours ago 4
Pasukan penyelamat mencari mangsa banjir di Sitim, Kepulauan Sitaro kelmarin. - ANTARA 
  • Oleh KOSMO
  • 7 Januari 2026, 10:21 am

JAKARTA – Pihak berkuasa Kepulauan Siau Tagulandang Biaro (Sitaro), wilayah Sulawesi Utara mengisytiharkan darurat bencana selepas kawasan itu dilanda banjir sehingga mengorbankan 14 orang dengan enam lagi masih hilang, lapor portal berita Jakarta Globe. 

Bupati Sitaro, Chyntia Ingrid Kalangit berkata, pengisytiharan darurat itu akan berkuat kuasa selama 14 hari bermula kelmarin sehingga 18 Januari ini. 

Beliau menyatakan bahawa keputusan itu dibuat akibat kesan besar bencana hidrometeorologi di beberapa kawasan di daerah tersebut dengan tindak balas pantas amat diperlukan. 

“Situasi ini memerlukan tindak balas pantas oleh pemerintah untuk melindungi keselamatan awam dan mengurangkan kesan bencana selanjutnya,” kata Chyntia. 

Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat telah merosakkan rumah, infrastruktur serta kemudahan awam. 

Operasi mencari dan menyelamat untuk mangsa yang hilang masih diteruskan. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |