KUALA LUMPUR – Lebih ramai pemimpin dan ketua negara mula tiba ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hujung minggu ini.
Antara yang dijangka tiba adalah Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva bersama isteri Rosangela Lula da Silva, Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa dan isteri Dr. Tshepo Motsepe, serta Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmao.
Ketibaan mereka disertai oleh Menteri Luar Finland, Elina Valtonen, Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn dan isteri Khen Rany, Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas, Menteri Luar Indonesia, Sugiono serta Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Djamari Chaniago.
Seterusnya, pemimpin dunia lain dijangka berhimpun di KLCC hujung minggu ini termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dan Perdana Menteri wanita pertama Jepun, Sanae Takaichi.
Sementara itu, Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ dijangka menjadi antara terbesar dalam sejarah ASEAN.
Pada acara kali ini bakal menyaksikan penyertaan aktif Timor-Leste ke arah kemasukannya sebagai anggota ke-11 ASEAN yang dijangka dimuktamadkan semasa sidang kemuncak pada 26 Oktober ini.
Seterusnya, mesyuarat berkaitan yang berlangsung pada Sidang Kemuncak ASEAN antaranya ketika ekonomi global berdepan tekanan daripada langkah tarif oleh Amerika Syarikat.
Sementara itu, mesyuarat utama minggu ini termasuk Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-26 yang memberi tumpuan kepada Pelan Tindakan AEC 2025, serta Mesyuarat Pakar+4 Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF).
Ia akan membincangkan strategi untuk menghadapi cabaran ekonomi dan perdagangan global yang semakin mencabar. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
1




































![[VIDEO] ‘Muka askar, suara pramugari’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/Tangkap-layar-menunjukkan-seorang-lelaki-yg-mengubah-suaranya-seperti-wanita-250x141.jpeg)












