WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi menandatangani perjanjian berhubung tenaga nuklear awam dan penjualan pesawat perang F-35 semasa lawatan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman ke White House semalam.
“Kedua-dua negara mengesahkan deklarasi bersama mengenai tenaga nuklear awam yang membina asas perundangan untuk perkongsian tenaga nuklear berbilion dolar selama beberapa dekad,” kata White House dalam satu kenyataan.
Selain itu, Presiden Donald Trump turut meluluskan pakej penjualan pertahanan utama yang merangkumi penghantaran jet pejuang Amerika, F-35 pada masa hadapan.
“Pakatan tersebut meningkatkan perkongsian strategik AS-Arab Saudi, memperluas peluang pekerjaan Amerika yang bergaji tinggi, memperkukuh rantaian bekalan kritikal dan kestabilan serantau.
“Kesemua itu akan mengutamakan pekerja, industri dan keselamatan Amerika,” tambah White House seperti laporan agensi berita Anadolu.
Putera Mohammed sebelum itu mengumumkan bahawa Arab Saudi akan memperluas komitmen yang dibuatnya pada Mei lalu untuk melabur sebanyak AS$600 bilion (RM2.5 trilion) di AS, dengan meningkatkan jumlahnya kepada hampir AS$1 trilion (RM4.1 trilion).
Di pihak Trump, beliau bersetuju untuk menyediakan Arab Saudi dengan apa yang beliau sifatkan sebagai ‘jet pejuang halimunan F-35 terbaik’.
White House tidak menyatakan kuantiti jet atau varian yang akan dijual tetapi menyatakan bahawa ia akan menjadi sebahagian daripada pakej penjualan pertahanan utama.
AS dan Arab Saudi turut menandatangani perjanjian berasingan berhubung rangka kerja mineral kritikal, yang bertujuan meningkatkan kerjasama dua hala mengenai sumber serta menyelaraskan strategi kebangsaan untuk mempelbagaikan rantaian bekalan mineral kritikal. – AFP/AGENSI

2 hours ago
1



![[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.40.09-PM.jpeg)
![[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.18.37-PM.jpeg)





![[VIDEO] ‘Baru masuk kandang, aktif sangat berlari-lari’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-10.35.34-AM.jpeg)






































