SUBANG JAYA – Orang ramai kini boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih sempena pelancaran AEON BiG di platform foodpanda bermula hari ini hingga 13 Ogos depan.
Pelanggan juga boleh membeli-belah lebih 16,000 produk runcit dan barangan keperluan isi rumah daripada 21 cawangan AEON BiG di seluruh negara menerusi aplikasi Foodpanda dengan harga yang sama seperti di pasar raya serta penghantaran dalam tempoh kurang sejam.
Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Kenneth Soh, berkata, kerjasama itu mencerminkan perubahan corak pembelian rakyat Malaysia yang semakin memilih kaedah membeli-belah lebih fleksibel dan mudah.
“Semakin ramai rakyat Malaysia mahukan lebih fleksibiliti dalam cara dan masa mereka membeli barangan runcit.
“Peranan kami adalah memastikan pengalaman itu lebih mudah dan lancar dengan memperluaskan rangkaian peruncit yang dipercayai di platform foodpanda,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran AEON BiG dalam aplikasi foodpanda di AEON BiG Subang Jaya, hari ini.
Katanya, kerjasama dengan AEON BiG turut membantu pelanggan membeli-belah dengan lebih yakin di samping menikmati lebih banyak pilihan serta kemudahan setiap hari.
Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd., Kenji Fujita, berkata, kerjasama itu memberi pelanggan satu lagi saluran membeli-belah tanpa menjejaskan nilai, kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat.
“Pelanggan juga kini mempunyai akses yang lebih mudah kepada produk jenama sendiri AEON BiG seperti BiG Value dan Living Choice.
“Kerjasama ini turut mengukuhkan strategi omnichannel kami untuk memenuhi keperluan pelanggan walau di mana mereka memilih untuk membeli-belah,” katanya.
Selain promosi diskaun, foodpanda turut menganjurkan aktiviti ‘Pau-Pau’s Grocery Run’ di AEON BiG Subang Jaya, Mid Valley dan Wangsa Maju yang menawarkan baucar bernilai sehingga RM15 serta penghantaran percuma sementara stok masih ada.
Selain itu, pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 menerusi kempen ‘Order & Win’ yang berlangsung sepanjang tempoh promosi tersebut.
Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan tambahan bagi pembelian barangan runcit harian dengan melanggan perkhidmatan pandapro.
Kerjasama itu dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara foodpanda Malaysia dan AEON BiG di AEON BiG Subang Jaya, selain media turut diberi pengalaman melihat sendiri proses penyediaan pesanan runcit melalui aktiviti “Grocery Dash”. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
7
















![[VIDEO] ‘Ramai lelaki baik mahu bantu, tetapi jangan lamar saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/Untitled-design-2026-07-23T110311.269.png)


![[VIDEO] Lima renjer diserang dari atas pikap ketika pemeriksaan di Narathiwat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/Untitled-design-2026-07-23T105520.528.png)




























