ISKANDAR PUTERI – Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengunci slot untuk melayakkan diri ke 16 pasukan terbaik dalam kejohanan bertaraf Asia pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Vissel Kobe 1-0 pada aksi Kumpulan A Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.
Marcos Guilhelme muncul sebagai wira Harimau Selatan apabila menghadiahkan gol tunggal perlawanan pada ke-73 selepas anak buah Xisco Munoz dikecewakan berikutan dua gol dibatalkan pengadil kerana offside.
Sebaik perlawanan dimulakan, pemain JDT terus mengasak kubu lawan sehingga seawal minit kedua sebaik wisel dibunyikan, JDT hampir membuka jaringan menerusi penyerang prolifik, Bergson Da Silva namun sepakannya kurang padu dapat dihalang penjaga gol Vissel Kobe, Shuichi Gonda.
Tersentak dengan serangan itu, anak buah Michael Skibbe membuat serangan balas namun asakan yang diatur Vissel Kobe dapat dipatahkan pemain pertahanan Harimau Selatan.
Pada minit ke-13, JDT sekali lagi berpeluang membuka jaringan apabila kuisan Bergson gagal disempurnakan Guilherme selepas sepakannya sekali lagi dinafikan Gonda.
Enam minit berselang, gawang gol JDT cemas susulan pemain Vissel Kobe, Kaito Yamada melepaskan sepak kencang hasil sepakan sudut namun sentuhannya hanya singgah sisi kiri gol.
Gol yang dicari anak buah Xisco Munoz hadir pada minit ke-38 apabila Rui Filipe atau Nene apabila sepakannya menewaskan Gonda.
Namun gol itu dibatalkan pengadil selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) menunjukkan gol berkenaan berada dalam perangkap ‘offside’.
Memasuki babak kedua perlawanan, JDT menggandakan asakan ke kubu pertahanan Vissel Kobe untuk memburu gol kemenangan.
Pada minit ke-55, JDT sekali lagi kecewa apabila gol yang dihasil Guilherme dibatalkan selepas pemain JDT berada dalam kedudukan offside.
Awang import Vissel Kobe, Jean Patric hampir menghukum JDT susulan larian solonya gagal dihidu pemain pertahanan namun percubaannya hanya melintasi gawang gol tuan rumah.
Kekecewaan JDT terubat selepas pemain gantian, Jairo De Macedo beraksi cemerlang apabila mengatur serangan sebelum ‘menghulurkan’ bola cantik tepat ke kaki Guilherme dan disempurnakan dengan mudah.
JDT mengiringi tujuh lagi pasukan termasuk Vissel Kobe dalam Kumpulan A untuk ke pusingan 16 terbaik dengan mengumpul mata 11 hasil daripada lapan perlawanan. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
6






![[VIDEO] Bibik dapat RM1,000, bos bagi angpau](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/angpau.jpeg)




![[VIDEO] Kulit gendang tarian singa, bolehkah orang Islam sentuh?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/gendang.jpeg)







![[VIDEO] ‘Hari-hari Aqil sebut nama Faisal Halim, akhirnya dapat jumpa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-17-at-1.00.37-PM.jpeg)





























