PETALING JAYA – Kisah seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibesarkan dengan penuh disiplin oleh bapanya mencuri perhatian sehingga tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi hantaran oleh @Naterah Abdullah Sani di laman Threads, dia menceritakan pengalaman peribadinya dibesarkan oleh seorang bapa yang tegas, berdisiplin dan tidak berkompromi dengan sikap malas, walaupun dalam perkara kecil seperti mencuci kasut sekolah.
Menurutnya, bapanya yang merupakan bekas tentera mempunyai cara tersendiri untuk mencuci kasut termasuk memastikan tapak kasut diberus bersih dan setiap batu kecil dicungkil satu persatu daripada tapak kasut.
Katanya, sikap malas pernah menguasai dirinya dan menangguhkan kerja membasuh kasut sehingga ke hujung minggu, menyebabkan kasut sekolah dibiarkan dalam keadaan basah dan tidak dijemur dengan sempurna.
“Suatu hari, Abah nampak kasut masih direndam. Kasut terus masuk longkang, teknik ‘flying shoes’,” ujarnya.
Situasi tersebut meninggalkan kesan mendalam buat dirinya ketika itu, malah mengakui pernah menganggap bapanya terlalu keras dan kejam dalam mendidik.
“Sekarang baru faham. Abah tak buang kasut. Abah buang rasa malas,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Banyak betul peraturan kalau jadi anak askar ni, haha. Kami sampai rasa tertekan juga. Mandi tak boleh lama-lama, buka tutup pintu kena perlahan, buat kerja rumah pun kena berhati-hati jangan hempas, jalan pun tak boleh kuat-kuat. Tanya kawan-kawan sekolah yang dulu pun anak askar, semua kata pengalaman mereka sama,” ujar @Puteri_anis85.
“Menerapkan disiplin dalam diri anak-anak kadang-kadang membuatkan kami sebagai bekas anggota tentera sendiri terasa kejam. Namun, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, rasa kasihan itu kami ketepikan demi tujuan mendidik,” kata @Jahar. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
7



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































