478 kes kebakaran di Bachok dalam tempoh lima bulan

2 hours ago 3
Joharudin (kanan) menyantuni kanak-kanak yang hadir ke Kem Kepimpinan Jati Diri Pemimpin Muda di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, hari ini. Foto oleh TOREK SULONG
  • Oleh TOREK SULONG
  • 26 Julai 2026, 2:59 pm

BACHOK – Balai Bomba Bachok merekodkan sebanyak 478 kes kebakaran sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Joharudin Hasim berkata, daripada jumlah itu, kebakaran belukar dan lalang menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 412 kes, diikuti kebakaran 34 kes kebakakaran bangunan dan kenderaan dengan empat kes.

“Angka itu menunjukkan peningkatan ketara pada Mac dan April yang sebahagian besarnya berpunca daripada kebakaran belukar serta lalang ketika cuaca panas.

“Balai Bomba dan Penyelamat Bachok turut mengendalikan pelbagai operasi menyelamat melibatkan tujuh kemalangan jalan raya, empat kes orang lemas, 16 kes kereta terkunci dan satu kejadian pokok tumbang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kem Kepimpinan Jati Diri Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Gunong, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |