3 bayi hanya dirawat dalam 1 inkubator di Gaza

4 hours ago 4

BANDAR GAZA – Seorang ibu melihat bayi lelakinya yang berusia lapan hari, Muhammad, terbaring  untuk bernafas di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Kompleks Perubatan Nasser, Gaza, lapor portal berita The New Arab semalam.

Ibu itu, Samah melihat anaknya yang merupakan salah seorang daripada tiga bayi ditempatkan bersama dalam satu inkubator.

Dia melihat anakya itu yang berada di dalam inkubator itu yang sepatutnya menempatkan hanya untuk seorang bayi dari tepi tingkap hospital tersebut. Samah kemudian rebah dan bersandar pada dinding koridor hospital, tubuhnya yang kurus kering menggigil sambil teresak-esak menangis. 

Pada usia 30 tahun dan dengan berat kurang daripada 50 kilogram, ibu tersebut hampir tidak mampu berdiri tanpa berpaut pada lengan suaminya. Kata-kata seorang doktor, satu ungkapan perubatan Palestin yang bermaksud petugas tidak lagi mampu berbuat apa-apa ‘bergema’ di lorong hospital yang sesak, tempat para ibu lain duduk tersandar di lantai, wajah mereka terlukis dengan kesedihan yang sama.

Seorang petugas perubatan melintas sambil membawa tubuh kecil yang dibalut kain menuju ke bilik mayat. Suami Samah, Tariq, mengangkat tangan berdoa dengan wajah yang sarat penderitaan dan kesedihan mendalam.

Hampir seorang daripada lima bayi di Gaza kini dilahirkan pramatang, menurut Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan sistem kesihatan wilayah itu yang musnah menyebabkan ibu mengandung tidak mendapat rawatan perubatan, pemakanan dan tempat bersalin yang selamat.

Sekitar 130 bayi dilahirkan setiap hari di Gaza dan lebih satu perempat daripadanya melalui pembedahan Caesarean, prosedur yang sering dijalankan tanpa bius atau peralatan yang disterilkan.  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa lebih 20,000 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat keadaan itu.

Pegawai di Kompleks Perubatan Nasser melaporkan bahawa 60 peratus daripada semua kelahiran kini berlaku secara pramatang, iaitu tiga kali ganda kadar sebelum pembunuhan beramai-ramai bermula akibat serangan Israel pada 7 Oktober 2023. Hospital tersebut telah merekodkan 2,000 kelahiran pramatang dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |