24 anggota pasukan penyelamat cari Jaslinda, PGA tingkat aspek keselamatan

8 hours ago 4

TAPAH – Seramai lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dibawa melalui udara bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang sejak 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penyertaan anggota PGA Batalion 3 Bidor itu adalah bagi memperkasa aspek keselamatan pencarian Jaslinda.

Beliau berkata, kemasukan mereka ke kawasan operasi SAR berikutan ancaman hidupan liar selepas penemuan najis haiwan buas di kawasan sekitar.

“Kehadiran PGA sebelum ini sedikit sebanyak membantu dari segi aspek keselamatan dan pada masa yang sama juga, satu gabungan kepakaran yang ada pada pihak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) operasi mencari dan menyelamat (SAR) Gunung Batu Putih JBPM di Batalion 3 PGA Bidor, semalam.

Beliau berkata kemasukan anggota PGA bersama lapan anggota Storm JBPM serta lapan anggota Jabatan Perhutanan termasuk malim gunung menggunakan pesawat MI-17.

Jelas beliau, ia memudahkan pergerakan berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka berjalan kaki melalui jalan darat menerusi Gunung Batu Bujang dan Pos Kuala Woh.

Sabarodzi berkata, beliau belum dapat memastikan sama ada operasi semalam merupakan fasa penggeledahan terakhir memandangkan satu mesyuarat penyelarasan dijadualkan berlangsung esok.

Sementara itu, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, setakat pukul 10 pagi semalam, terdapat lapan anggota pasukan penyelamat berada dalam sektor pencarian bermula dari Kem Sukaneka membawa ke Gunung Rayu.

Beliau berkata, pada 11.20 pagi, seramai enam anggota penyelamat terdiri daripada dua anggota JBPM, tiga anggota PGA dan seorang petugas Perhutanan digerakkan ke Kem Kantoi menggunakan pesawat MI-17 bagi membawa keluar lapan anggota penyelamat itu.

Ujarnya, lapan anggota penyelamat sedia ada tersebut membawa kamera pelindung di puncak Gunung Rayu.

“Komunikasi bersama pasukan penyelamat masih terputus dipercayai kerana berada di kawasan lembah dan terhalang liputan komunikasi,” ujarnya.

Beliau berkata, operasi berkenaan membabitkan keseluruhan 24 anggota pasukan penyelamat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |