Aminuddin diiringi Roslan (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta tadika dalam pertandingan mewarna pada Majlis Peluncuran Kampung dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung Pulau Labu, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 19 Jun 2026, 11:12 pm
SEREMBAN – Inisiatif Kampung Angkat Madani yang diperkenalkan kerajaan terus diperluaskan melibatkan 400 kampung di seluruh negara tahun ini berbanding 43 kampung pada 2024 dan 200 kampung pada 2025.
Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, kerajaan memperuntukkan RM200 juta setahun bagi menjayakan program itu dengan setiap kampung menerima dana RM500,000 untuk melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan masyarakat.
“Sebanyak 200 sekolah turut dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani tahun ini dengan setiap sekolah menerima peruntukan RM100,000, termasuk Sekolah Rendah Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irsyad Labu ,” katanya pada Majlis Peluncuran Kampung dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung Pulau Labu yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Sementara itu, Aminuddin berkata Kampung Pulau menerima peruntukan RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan asas manakala sekolah berkenaan menerima RM100,000 untuk meningkatkan kemudahan pendidikan dan prasarana pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3

![[VIDEO] Pelajar jatuh bangunan: Mangsa minta ke tandas sebelum ditemui maut](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-19-at-9.25.01-PM.jpeg)














































![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)