ANTARA kenderaan terbiar sekitar Ampang Jaya yang ditunda MPAJ, semalam. - FOTO MPAJ
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 5 Julai 2026, 5:37 pm
AMPANG JAYA – Sebanyak 10 kenderaan terbiar yang menghalang lalu lintas ditunda Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini semalam.
MPAJ dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil bagi memastikan kelancaran aliran trafik, susun atur parkir yang lebih teratur selain menjamin keselamatan serta kepentingan orang awam.
“Penundaan sebanyak 10 buah kenderaan terbiar telah dilaksanakan sebagai tindakan penguatkuasaan di lokasi terlibat. Langkah ini bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik, susun atur kenderaan yang lebih teratur serta menjaga keselamatan dan kepentingan awam,” katanya di sini hari ini.
Kata MPAJ, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pemilik yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai aduan atau maklumat berkaitan kenderaan terbiar boleh menyalurkannya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ atau menghubungi talian 1-800-22-8100. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
9










![[VIDEO] Tikam pelajar: Bunyi orang jerit, wisel ingatkan kebakaran – Saksi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-06-at-5.15.22-PM.jpeg)





























![[VIDEO] Siapa ‘kait’ seluar dalam orang di Jempol?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-10-at-9.27.15-PM.jpeg)








![[VIDEO] 5 makanan perlu dielakkan di bazar Ramadan, air manis ‘no.1’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-09-at-6.45.16-PM.jpeg)