Ziyad mahu terus beraksi hingga LA28

1 week ago 12

JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tidak menolak kemungkinan untuk terus beraksi sehingga Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28), namun ia bergantung kepada tahap kecergasan dan motivasinya dalam beberapa tahun akan datang.

“Selagi badan sihat dan saya masih ada semangat, saya nak teruskan. Sekarang pun pelapis muda dalam negara dah mula tunjuk potensi, itu pun jadi motivasi untuk saya,” katanya lagi.

Ziyad kiri tidak menolak kemungkinan untuk terus beraksi sehingga Sukan Paralimpik Los Angeles 2028, namun ia bergantung kepada tahap kecergasan dan motivasinya dalam beberapa tahun akan datang.

Bekas juara dunia itu kini mula menyesuaikan diri dengan teknik ‘rotation’ menjelang aksi pertamanya musim ini pada Grand Prix Para Dunia di Marrakesh, Maghribi dari 20 hingga 27 April ini.

Katanya, perubahan drastik itu bukan sekadar eksperimen tetapi langkah penting demi kelangsungan prestasi dalam jangka masa panjang meskipun masih belum benar-benar serasi dengan teknik tersebut.

“Saya baru mula belajar teknik rotation sejak tiga bulan lalu. Jadi saya tak letak harapan tinggi untuk kejohanan di Maghribi. Tapi saya janji akan beri yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Insentif Pemenang Pingat Sukan Paralimpik Paris 2024 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan semalam.

Meskipun belum mencapai tahap terbaik, Ziyad tetap melihat Grand Prix Marrakesh untuk menilai kemajuan teknik baharunya selain menjadi pemanas badan menuju kejohanan lebih besar termasuk Kejuaraan Dunia di New Delhi, India pada September nanti.

“Fokus utama masih Paris dan kemudian Kejohanan Dunia. Saingan semakin sengit, jadi saya perlu benar-benar tajamkan teknik ini kalau nak kekal bersaing di pentas tertinggi,” jelasnya yang pernah menjuarai semua edisi Grand Prix Marrakesh disertai sebelum ini.

Dalam pada itu, Ziyad turut menghargai pemberian insentif oleh pihak swasta, Zero Healthcare yang menurutnya memberi dorongan besar meskipun diberikan agak lewat selepas kejayaan di temasya lalu.

“Biar lambat, janji ada. Saya sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya kami ada duit poket untuk beli peralatan, pakaian dan keperluan latihan. Ini semua semangat tambahan buat kami,” ujarnya kepada media.

Read Entire Article
Pertanian | | | |