WTF2025: Tang Jie-Ee Wei bangkit catat kemenangan

6 hours ago 4
KEKALAHAN di set pertama gagal menghalang Tang Jie-Ee Wei daripada bangkit mencatat kemenangan. - AFP
  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 18 Disember 2025, 12:07 pm

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berdepan detik cemas apabila memerlukan tiga set untuk menewaskan Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dari Indonesia pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025.

Pada aksi Kumpulan B yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China sebentar tadi, gandingan juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 17-21, 21-14, 21-15 dalam tempoh lebih sejam.

Turun sebagai pilihan ketiga, Tang Jie-Ee Wei tersentak seketika apabila tewas di set pertama sebelum mereka kembali memperkemaskan permainan dan bangkit memenangi dua set berikutnya.

Menerusi kemenangan itu, mereka kini sudah mengumpul dua kemenangan selepas turut menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai semalam, sekali gus mencerahkan peluang mara ke separuh akhir.

Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei berdepan cabaran sukar bagi mengekalkan aksi tanpa kalah apabila dijadualkan berdepan beregu No.1 dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping bagi aksi terakhir peringkat kumpulan esok. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |