‘Walaupun kau coklat, aku tetap suka’

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Sekeping surat tulisan tangan seorang murid sekolah rendah mencuri perhatian netizen apabila kandungannya yang polos dan jujur itu menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Surat berkenaan dipercayai ditulis oleh seorang murid lelaki bernama Izad kepada rakan sekelasnya, Deenee bagi meluahkan isi hatinya kepada kanak-kanak perempuan itu.

Dalam surat tersebut, Izad memulakan tulisannya dengan memberi salam sebelum bertanya mengapa Decnee sering menunjukkan isyarat tangan berbentuk ‘mini love’ kepadanya.
“Aku nak tanya, kenapa kau tunjuk (isyarat mini love) dekat aku di depan orang ramai. Aku nak tunjuk dekat kau macam itu, tapi aku macam terlebih malu sebab nanti Qistina dengan Alyaa cakap ‘ooo…Izad’.

“Aku nak cakap aku suka kau, tapi aku malu. Sebab aku malu-malu kucing,” tulis murid itu.

Lebih mencuit hati, Izad turut menyelitkan dialog ringkas seolah-olah perbualan antara mereka berdua, termasuk ayat ‘I love you’.

Antara ayat yang paling mendapat perhatian netizen ialah luahan di bahagian akhir surat tersebut berbunyi ‘Walaupun kau coklat, aku tetap suka kau’ dan rata-rata pembaca menyifatkan kanak-kanak itu ikhlas dalam menyampaikan isi hatinya.

Surat berkenaan yang tular di Facebook menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial sehingga ada mengakui mereka tersenyum mengenangkan zaman kanak-kanak dan cinta monyet di bangku sekolah.

“Tak apa, abang faham. Dulu waktu abang baru sunat, abang mcam ini juga dik,” kata Amad Ahmad.

“Ada bedak debu + bulu anak ayam, kawan sekolah rendah dapat,” kongsi Anis Shuada.

“Jarang orang suka coklat ni. Selalu nak yang nampak urat-urat kehijauan je. Nasib baik pak cik kau nak juga acik ini walaupun coklat,” seloroh Nor Shahadah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |