Pemain bola sepak ditahan, jerit ‘bom’ dalam pesawat

3 hours ago 5
Endrizzi dibawa keluar dari pesawat dalam keadaan tangan bergari. - X
  • Oleh KOSMO
  • 14 April 2026, 7:00 pm

BUENOS AIRES – Seorang pemain bola sepak digari keluar dari sebuah pesawat di Argentina selepas membuat ancaman bom sejurus sebelum pesawat berlepas, lapor akhbar Metro UK.

Pasukan divisyen dua Argentina, Gimnasia y Esgrima de Jujuy berkata malam kelmarin bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk memecat Emiliano Endrizzi selepas kejadian itu.

Pasukan tersebut dan penumpang lain terpaksa mengosongkan pesawat supaya pegawai bahan letupan boleh menjalankan kerja-kerja pembersihan pesawat.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu didakwa menjerit perkataan ‘bom’ ketika pesawat mahu meninggalkan bandar San Salvador de Jujuy ke Buenos Aires petang kelmarin, di mana mereka akan bermain menentang pasukan Agropecuario.

“Dia berkata bahawa semuanya akan meletup,” kata seorang penumpang.

Syarikat penerbangan Flybondi berkata: “Seorang penumpang dalam penerbangan FO5181 yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gobernador Horacio Guzman pada jam 1.25 tengah hari (waktu tempatan) telah membuat ancaman bom.” – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |