[VIDEO] ‘Warden askar ada, hantu pun takut’

7 hours ago 4

PETALING JAYA – Para pelajar perempuan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau mengakui aura warden yang dilantik dalam kalangan bekas tentera yang menjaga mereka ketika ini sangat baik sehingga menyifatkan ‘hantu’ di asrama kediaman juga takut.

Itu pendedahan yang didengari sendiri oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki ketika melakukan penilaian terhadap keberkesanan menggunakan warden asrama dalam kalangan bekas tentera di asrama maktab tersebut.

Menerusi klip video yang dikongsi Asyarf di laman sosialnya menyaksikan rata-rata pelajar di MRSM Balik Pulau memuji serta menginginkan penggunaan warden asrama dalam kalangan bekas tentera itu diteruskan.

Jelas seorang pelajar wanita maktab tersebut ketika ditanya Pengerusi Mara itu menjelaskan, aura yang dibawa warden tentera yang dipanggil ibu dan ummi itu membuatkan hantu di asrama terbabit takut dan hilang.

“Aura ibu dan ummi buatkan hantu di asrama ini pun tiada, takut. Kami nak warden tentera ini kekal,” jelas pelajar tersebut.

Terdahulu, MRSM memulakan projek rintis menempatkan warden bekas tentera di asrama pelajar sebagai inisiatif penting menangani keganasan dan buli di institusi itu.

Asyraf berkata warden berkenaan sudah memulakan tugas di MRSM Balik Pulau dan MRSM Besut.

Sekiranya program itu menerima kesan baik, pihaknya akan memperluaskan perkhidmatan itu di 57 MRSM seluruh Malaysia.

“Ia adalah projek rintis enam bulan sebagai inisiatif penting menangani isu buli yang wajib dibanteras dan memutuskan rantaian ganasnya.

“Insya-Allah, selepas enam bulan, dapatan hasil kajian menyeluruh keberkesanan inisiatif ini akan dilakukan dengan kerjasama pihak ketiga iaitu Institut Kajian Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Jika kesannya positif, Mara akan memperluaskan insiatif ini di keseluruhan 57 MRSM,” katanya.- KOSMO! ONLINE

@drasyrafwajdi TERJAH WARDEN TENTERA DI MRSM BALIK PULAU “Semenjak Warden Bekas Tentera ini ada, pelajar-pelajar bangun Subuh berjemaah tepat pada masanya di surau, tiada lagi yang berani bangun lambat!” Kata Ilham, Ketua Badan Wakil Pelajar MRSM Balik Pulau. Saya ambil peluang berada di Pulau Pinang untuk #terjah MRSM Balik Pulau bagi melihat sendiri perkembangan Projek Rintis Warden Sepenuh Masa di kalangan Bekas Tentera yang sudah masuk bulan ke-3. Umumnya, pelajar-pelajar nampak ceria dan lebih berdisiplin semenjak Warden Bekas Tentera dilantik. Guru-guru juga memberikan maklumbalas yang amat positif kerana bebanan mereka dapat dikurangkan. Realitinya, guru-guru yang bertugas sebagai Warden tidak akan mampu membuat rondaan berterusan untuk memantau pelajar setiap malam selepas pukul 12 malam kerana keesokannya mereka juga perlu bermula seawal 7.00 pagi untuk mengajar. Dengan adanya Warden sepenuh masa yang meronda secara berterusan bermula 10.00 malam hingga 7.00 pagi, tiada lagi yang berani melakukan apa-apa aktiviti yang menyalahi peraturan termasuk BULI. InsyaAllah selepas tamat 6 bulan tempoh percubaan atau projek rintis ini, pihak penyelidik Universiti Putra Malaysia akan membuat laporan kajian keberkesanan untuk dibentangkan kepada MARA. Jika positif, MARA tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia sebagai langkah penting untuk menSIFARkan BULI dan memastikan disiplin, sahsiah dan akhlak pelajar pada tahap tertinggi. #MerakyatkanMARA #MRSM #YouTouchYouGo #HidupKuMilikUmmah ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Read Entire Article
Pertanian | | | |