[VIDEO] ‘Terpaksa lalu demi tugas’

6 hours ago 6
[11:15 AM, 12/28/2025] Shaherman Kosmo!: [VIDEO] 'Terpaksa lalu demi tugas' Oleh KOSMO! PETALING JAYA - 'Terpaksa lalu juga demi tugas'. Itu antara luahan seorang pengguna di aplikasi TikTok apabila berkongsi keadaan jalan di sebuah kawasan dipercayai berdekatan Aring, Gua Musang, Kelantan. Menerusi klip video yang dikongsi pengguna tersebut, keadaan jalan di kawasan tersebut bukan sekadar mendap malah terdapat rekahan dan lubang. Selain itu, kenderaan yang dinaiki pengguna itu juga dilihat menuruni kawasan mendapan serta kawasan rekahan sebelum melepasi laluan bahaya itu. Bagaimanapun, pengguna tersebut tidak berkongsi dengan tepat lokasi jalan tersebut, namun berdasarkan klip video itu, laluan itu tidak boleh dilalui oleh kereta biasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyeru kepads pihak berkuasa segera membaiki jalan tersebut supaya dapat memudahkan urusan mereka yang kerap menggunakan laluan itu. "Ya Allaahhh jalan kawasan mana ni, sedihnya tidak dibaiki lagi ke jalan ini,"komen @NANi. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Yattt for Real. "Mengapa susah sangat KKR (Kementerian Kerja Raya) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) nak buat jalan alternatif sementara untuk laluan ini?,"soalnya.-KOSMO! ONLINE. [11:16 AM, 12/28/2025] Shaherman Kosmo!: Tangkap layar keadaan jalan di sekitar kawasan Aring, Gua Musang.
  • Oleh KOSMO!
  • 28 Disember 2025, 12:25 pm

PETALING JAYA – ‘Terpaksa lalu juga demi tugas’.

Itu antara luahan seorang pengguna di aplikasi TikTok apabila berkongsi keadaan jalan di sebuah kawasan dipercayai berdekatan Aring, Gua Musang, Kelantan.

Menerusi klip video yang dikongsi pengguna tersebut, keadaan jalan di kawasan tersebut bukan sekadar mendap malah terdapat rekahan dan lubang.

Selain itu, kenderaan yang dinaiki pengguna itu juga dilihat menuruni kawasan mendapan serta kawasan rekahan sebelum melepasi laluan bahaya itu.

Bagaimanapun, pengguna tersebut tidak berkongsi dengan tepat lokasi jalan tersebut, namun berdasarkan klip video itu, laluan itu tidak boleh dilalui oleh kereta biasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyeru kepads pihak berkuasa segera membaiki jalan tersebut supaya dapat memudahkan urusan mereka yang kerap menggunakan laluan itu.

“Ya Allaahhh jalan kawasan mana ni, sedihnya tidak dibaiki lagi ke jalan ini,”komen @NANi.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Yattt for Real.

“Mengapa susah sangat KKR (Kementerian Kerja Raya) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) nak buat jalan alternatif sementara untuk laluan ini?,”soalnya.-KOSMO! ONLINE

@zainalaffandi92 TERPAKSA LALU JGK DEMI TUGAS 😨😰 #guamusang #jalanruntuh ♬ original sound – SentuhanDapurKecil✨✨
Read Entire Article
Pertanian | | | |