[VIDEO] Saya sedia ‘rematch’ – Yusuf Azmi

9 hours ago 4

PETALING JAYA – Aktivis dan pengasas Warzone, Yusuf Azmi akhirnya mengesahkan bakal turun ke Indonesia untuk bertarung semula dengan peninju Indonesia, Yunus Martin dalam satu perlawanan ‘rematch’ yang dijadualkan berlangsung di Jakarta pada April tahun hadapan.

Dalam satu hantaran video di media sosial, Yusuf menjelaskan keputusannya itu bukan kerana mahu membuktikan kehebatan diri, tetapi demi menunaikan janji dan menyokong jenama sukan tempur tempatan iaitu Warzone.

“Saya bukan petinju sepenuh masa, masa untuk berlatih pun sangat terhad. Tapi bila Yunus berani datang ke Malaysia, saya pun kena berani ke gelanggang dia. Ini soal janji, bukan soal takut atau berani,” katanya.

Yusuf berkata, pertarungan terdahulu merupakan kolaborasi bersama pasukan tempur tempatan dalam menaikkan nama Warzone di pentas antarabangsa.

Namun, selepas menerima cabaran terbuka daripada Yunus, beliau bersedia untuk membuat persiapan rapi menjelang pertarungan di negara jiran itu.

“Saya tak nak banyak berhelah. Saya akan cuba buat persiapan terbaik. Doakan saya kuat dan diberi kelapangan masa,” katanya lagi.

Terdahulu, pertarungan antara Yusuf dan Yunus berlangsung dalam acara kemuncak Warzone World Championship (WWC) pada 7 Disember 2025 di Nilai, Negeri Sembilan menyaksikan Yusuf tewas kepada petinju Indonesia, Yunus Martin, menerusi ‘technical knockout’ (TKO) selepas tiga pusingan. – KOSMO! ONLINE

@yusufazmiofficial Sedikit penjelasan berkenaan Warzone dan Rematch saya bersama Yunus Martin. InshaAllah saya akan membuat persiapan dan menemui Yunus di ring negara beliau; Warzone X Baku Hantam di Jakarta april 2026. #Warzone #YusufAzmi #YusufVsYunus ♬ original sound – Semboyan Malaysia
Read Entire Article
Pertanian | | | |