[VIDEO] Pasangan Diraja Thailand curi tumpuan terbangkan sendiri Boeing 737

5 hours ago 3

HANOI – Pasangan diraja Thailand sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila Raja Maha Vajiralongkorn (Rama X) dan Ratu Suthida menerbangkan sendiri pesawat Royal Boeing 737-800 untuk berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nội Bài, di sini kelmarin.

Penerbangan tersebut dikendalikan sendiri oleh Raja Maha Vajiralongkorn selaku kapten pesawat, manakala Ratu Suthida bertindak sebagai pembantu juruterbang (co-pilot).

Tindakan berani dan mahir itu dilakukan sejurus keberangkatan pulang baginda berdua selepas selesai mengadakan Lawatan Negara selama tiga hari ke Vietnam.

Lawatan bersejarah itu bagi meraikan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik antara Thailand dan Vietnam.

Untuk rekod, kedua-dua baginda merupakan juruterbang bertauliah dan memegang lesen penerbangan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT).

Malah, Ratu Suthida memiliki kelayakan tertinggi dalam penerbangan awam iaitu Lesen Juruterbang Pengangkutan Awam (ATPL).

Sebelum ini, pasangan diraja itu turut menerima pujian orang ramai dan penganalisis penerbangan antarabangsa selepas berjaya mendaratkan pesawat gergasi berkenaan dengan selamat di Hanoi dalam keadaan cuaca hujan lebat yang mencabar.

Dalam pada itu, Ratu Suthida kini dilaporkan sedang menjalani Program Latihan Penerbangan Jet Pejuang Gripen di Wing 7, Surat Thani selepas menamatkan latihan lanjutan menggunakan jet L-39 di Nakhon Pathom.

Apabila tamat latihan itu kelak, baginda bakal melakar sejarah dunia sebagai Ratu pertama yang menjadi juruterbang jet pejuang supersonik. – Agensi

✈️ King Maha Vajiralongkorn (Rama X) & Queen Suthida piloted themselves out of Hanoi’s Nội Bài International Airport aboard the Royal Boeing 737-800 on Wednesday.

Their Majesties paid a three-day State Visit to Vietnam celebrating the 50th Anniversary of Diplomatic Relations… pic.twitter.com/i4mMllAnXB

— Imperial Material ♚ (@implmaterial) September 17, 2026

Read Entire Article
Pertanian | | | |