KUALA LUMPUR – Pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka menikmati penjimatan sehingga RM47 sebulan atau hampir 13 peratus pada bil elektrik mulai September ini susulan pengecualian tiga caj berkaitan penggunaan elektrik.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad berkata, pengecualian itu membabitkan caj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus serta caj peruncitan RM10 bagi pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan.
“Berdasarkan contoh bil yang diberikan, penjimatan berbeza mengikut jumlah penggunaan elektrik setiap pengguna, dengan perbandingan bil sebelum dan selepas pelaksanaan perlindungan tambahan itu menunjukkan pengurangan bayaran bulanan.
“Sebagai contoh, pengguna dengan penggunaan sekitar 800kWj sebulan akan menikmati pengurangan bil kira-kira RM47 bergantung kepada kadar dan komponen caj yang terpakai,” katanya dalam Taklimat bersama media di Pusat Konvensyen Leo Maggie di sini hari ini.
Shamsul berkata, perlindungan tambahan itu berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.
Bagi penggunaan September, jumlah pengurangan caj akan dikreditkan dalam bil elektrik bulan Oktober.
Langkah berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih lapan juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik TNB, termasuk hampir satu juta pengguna tambahan berbanding aras perlindungan sebelum ini pada 600kWj sebulan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperluaskan perlindungan subsidi bil elekrik daripada 600 kilowatt jam (kWj) kepada 800kWj sebulan, berkuat kuasa mulai September hingga 31 Disember ini.
Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat ketika ini.- KOSMO! ONLINE

4 hours ago
3


![[VIDEO] Pasangan Diraja Thailand curi tumpuan terbangkan sendiri Boeing 737](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/thai.png)












![[VIDEO] Cahaya misteri biru ‘mendarat’ di Kuala Nerus](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/cctv-cahaya-biru.jpeg)

![[VIDEO] ‘Dia main ketuk-ketuk pintu pula…’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tular-viral-seram-pejabat.jpeg)

























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)





