[VIDEO] ‘Malaysia abang kesayangan kami’ – Jalur Gemilang dikibar sambut Gusmao

7 hours ago 5

PETALING JAYA – Rakyat Timor-Leste yang berhimpun meraikan kepulangan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, turut memegang bendera Malaysia sebagai tanda terima kasih.

Menerusi video tular di media sosial, kelihatan Gusmao berdiri di dalam kenderaan sambil melambai-lambai ke arah rakyat Timor-Leste yang menantikan kehadirannya di sepanjang jalan.

Mencuri perhatian apabila rakyat Timor-Leste bukan sahaja mengibarkan bendera negara mereka, malah turut memegang bendera Malaysia sewaktu Gusmao berarak dan beramah mesra dengan rakyatnya.

Tindakan itu berkemungkinan tanda penghargaan rakyat Timor-Leste kepada Malaysia selepas kemasukan negara itu sebagai ahli blok ke-11 anggota ASEAN yang mana telah dinanti-nantikan oleh mereka sejak 14 tahun lalu.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, rakyat dari kedua-dua negara saling berkongsi kegembiraan selepas secara rasmi Timor-Leste menjadi anggota ASEAN.

“Terima kasih banyak Malaysia, jadi ‘abang’ kesayangan kami. Salam dari Timor-Leste,” komen pengguna TikTok Fetotimor.

“Terima kasih rakyat Malaysia. Peluk dari jauh, sayang kami dari rakyat Timor-Leste,” kata Cornelio.

“Beliau ada kelab peminat Malaysia,” komen Mdm Ailurophile merujuk kepada Gusmao.

Kosmo! melaporkan, penantian selama 14 tahun Timor-Leste untuk menjadi ahli ke-11 blok serantau menjadi kenyataan apabila negara tersebut kini sah secara rasmi menjadi anggota ASEAN.

Peristiwa bersejarah itu tertulis pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 26 Oktober lalu selepas kesemua pemimpin negara-negara ASEAN menyempurnakan Majlis Menandatangani Deklarasi Penyertaan Timor-Leste di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

@semiterio69 Lider Favorito PM.Xanana Gusmao#xananagusmao #timorleste🇹🇱❤foryoupage #asian ♬ original sound – fernaslkkrt – CiFan
Read Entire Article
Pertanian | | | |