[VIDEO] Laman rumah boleh buat sewa gelanggang badminton

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna TikTok mencuri perhatian ramai apabila memaparkan sebuah rumah teres dua tingkat yang mempunyai halaman parkir kereta luar biasa luas dan memanjang sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi video tular dimuat naik @Mmaattllii, kelihatan kawasan laman hadapan rumah berkenaan begitu panjang dan lapang sehingga ramai berseloroh mengatakan ruang tersebut berpotensi dijadikan gelanggang badminton berbayar atau sewaan.

Menurut @Mmaattllii, perumahan tersebut adalah projek yang baru siap dibina terletak di Pokok Sena, Pulau Pinang.
“Kalau pasang net (jaring), terus boleh buka court (gelanggang) badminton. Siap boleh buat booking (tempahan) ikut jam,” seloroh Alias di ruang komen.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya ruang itu dijadikan tapak perniagaan kecil seperti kedai makan, gerai minuman atau medan makan memandangkan keluasan kawasan parkir yang jarang dimiliki rumah teres biasa.

“Laman rumah ni boleh buat kedai makan, pelanggan parkir pun senang,” kata Khatty.

Selain itu, ada juga netizen yang melihat kelebihan tersebut dari sudut praktikal, khususnya untuk pemilik kenderaan bersaiz besar seperti lori.

“Rumah ini khas untuk pemandu lori kot,” kata Eman.

“Kalau bagi salam kena umum pakai speaker (pembesar suara) masjid,” seloroh Yuki. – KOSMO! ONLINE

@mmaattllii THIS IS POKOK SENA😂SAPA DH BELI SAYA CADANGKAN UNTUK BUAT BAZAR BULAN 2 NIE😅 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – 𝕸𝖆𝖙𝖑𝖎𝖎 🦇
Read Entire Article
Pertanian | | | |