PETALING JAYA – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya terus mencetuskan kemarahan orang ramai apabila bahu Jalan Kuala Lipis–Gua Musang sekali lagi dipenuhi sampah.
Tinjauan di media sosial mendapati, pelbagai jenis sisa seperti plastik makanan, botol minuman, bekas polisterin serta sampah domestik dibuang sewenang-wenangnya di tepi jalan, sekali gus mencacatkan pemandangan laluan utama yang menghubungkan Pahang dan Kelantan itu.
Keadaan tersebut bukan sahaja menimbulkan bau kurang menyenangkan, malah berpotensi mengundang haiwan liar dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal yang sering menggunakan laluan berkenaan.
Menurut seorang penunggang motosikal, masalah itu bukan perkara baharu dan sering berulang setiap kali cuti panjang apabila laluan berkenaan menjadi pilihan ramai pengguna dari Pantai Timur dan Pantai Barat.
“Setiap kali cuti memang penuh sampah. Lepas cuti, barulah nampak kerja pembersihan dibuat. Kesedaran orang ramai masih rendah walaupun papan tanda larangan sudah ada,” katanya.
Isu itu turut tular di media sosial apabila ramai netizen meluahkan rasa kecewa terhadap sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang sanggup mencemarkan alam sekitar demi keselesaan sendiri.
“Kalau boleh bawa balik bekas makanan dan botol air masa datang, kenapa tak boleh bawa balik sampah sendiri? Jalan ini bukan tong sampah,” kata Hafiz Bustaman sekali gus mencerminkan kekecewaannya terhadap masalah berkenaan.
Orang ramai juga berharap pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan dapat meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan.
Selain mempergiat kempen kesedaran agar masalah berkenaan tidak terus berulang dan alam sekitar dapat dipelihara bersama.- KOSMO! ONLINE
@ngah_dasuki Balik kg halaman.. 2,3x kena hujan.. ⛈️🏍💨💨 #highwaycsrguamusang ♬ bunyi asal – ngah_dasuki
2 hours ago
4
![[VIDEO] ‘Dolphin’ terdampar, kaki judi online paling sibuk komen](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/dolphin.jpeg)

![[VIDEO] Jalan Bukit Bintang ditutup dua hari sempena Festival ‘I LITE YOU’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/bb.jpeg)








![[VIDEO] Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/gajah-1.jpeg)





































