KUALA LUMPUR – Beberapa laluan utama di sekitar Bukit Bintang akan ditutup sementara pada 1 dan 3 Januari depan bagi memberi laluan kepada penganjuran Festival ‘I LITE U’, acara pembuka tirai sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, penutupan jalan itu melibatkan raptai penuh pada 1 Januari bermula pukul 6 petang hingga selesai.
Beliau berkata, penutupan penuh akan dilaksanakan di Jalan Bukit Bintang dari Pavilion Kuala Lumpur hingga ke Hotel Federal.
“Acara rasmi pula dijadualkan berlangsung pada 3 Januari dari pukul 7.30 hingga 10 malam dan turut melibatkan penutupan penuh laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, festival berkenaan dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu majlis perasmian di dalam Pavilion Kuala Lumpur serta majlis pelancaran berkonsepkan ‘perarakan budaya’ di sepanjang Jalan Bukit Bintang.
Menurutnya, seramai 20 kontinjen akan terlibat dalam perarakan tersebut termasuk tujuh kontinjen pancaragam yang akan berarak dari Pavilion ke hadapan Hotel Federal sejauh kira-kira 900 meter hingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.
Katanya, pihak Pavilion dan penganjur akan menyediakan pelekat khas kepada kenderaan VIP dan VVIP bagi tujuan parkir, manakala semua urusan penutupan jalan akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penutupan jalan menerusi DBKL serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku penganjur,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@mariotto.emily Mágica ❤️🥹 #newyork #nyc #timesquare #snow ♬ Snowman – Sia
4 hours ago
6
![[VIDEO] ‘Dolphin’ terdampar, kaki judi online paling sibuk komen](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/dolphin.jpeg)

![[VIDEO] Jalan Lipis-Gua Musang, setiap kali cuti mesti penuh sampah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/sampah.jpeg)








![[VIDEO] Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/gajah-1.jpeg)





































