PETALING JAYA – Seorang wanita warga Rusia yang bercuti di Malaysia berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila iPhone 17 Pro Max miliknya yang tertinggal di sebuah pusat beli-belah di TRX, Kuala Lumpur berjaya ditemui semula.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @gomalaysia, wanita tersebut memaklumkan dia baru sahaja selesai membeli telefon tersebut sebelum singgah ke sebuah kedai pakaian dan tanpa sedar meninggalkannya di rak ketika masuk ke bilik persalinan.
Menurutnya, setelah kira-kira 20 minit, dia tersedar telefon yang ditinggalkannya tadi sudah tiada di tempat asal.
“Selepas lebih kurang 20 minit sebelum saya perasan, telefon baru saya yang belum lagi saya buka sudah tiada di sana,” katanya di dalam video.
Bagaimanapun, seorang pembantu kedai kemudian memaklumkan terdapat sebuah telefon atas nama pembeli di ruang belakang selepas dijumpai oleh seorang wanita.
“Pembantu kedai tersebut menyemak cek dan memang betul nama saya. Rupanya ada seorang wanita yang jumpa telefon tersebut sebelum beri kepada pembantu kedai,” katanya dalam video tersebut.
Wanita berkenaan turut menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan wanita tersebut bagi mengucapkan terima kasih secara peribadi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut memuji sikap sikap kejujuran wanita berkenaan memulangkan telefon berkenaan.
“Saya orang Singapura tetapi saya sangat yakin dan percaya yang rakyat Malaysia adalah antara orang-orang baik di dunia. Kudos!,” komen @ramykc72
“Perkara baik selalunya akan berlaku juga kepada orang yang baik. Percayalah yang awak sendiri pun mesti antara orang-orang yang baik,” kata Syazwani Redzuan.
“Saya pun pernah terlupa telefon saya, dah la telefon baru tertinggal di atas kerusi. Nasib baik ada pasangan India ni hubungi suami saya dan kembalikan telefon saya,” komen Mai Rahman. – KOSMO! ONLINE

18 hours ago
12







![[VIDEO] ‘Musim tengkujuh, sampah hanyut dari luar sampai pantai Terengganu’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-02-at-15.12.59.jpeg)











![[VIDEO] Titi gantung runtuh, rombongan pengantin lelaki jatuh sungai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-02-at-10.47.00.jpeg)





























