[VIDEO] Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian

3 hours ago 4

PETALING JAYA – Seekor gajah liar telah menyerang sebuah kereta semasa pemilik kenderaan itu berhenti rehat di sebuah restoran berdekatan Titiwangsa, petang semalam.

Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial, kereta milik mangsa jenis Honda City itu telah mengalami beberapa kerosakan termasuk cermin bahagian pemandu pecah.

Berdasarkan klip video tersebut, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7 petang dan ketika kejadian terdapat beberapa kenderaan lain berada berdekatan kereta mangsa.

Difahamkan, gajah terbabit menyerang kereta mangsa dipercayai tertarik dengan bau durian yang dibawa mangsa serta sisa makanan dari tong sampah berdekatan.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pemgguna telah meninggalkan pelbagai komrn terhadap kejadian itu.

“Katanya simpan durian dalam kereta, bila terbau abang besar (gajah) teringin pulak,”komen @mohdshariffudin54.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @zubaidah.

“Gajah pnn makan durian ke? Allahuakbar nasib baik tuan punya kereta tak ada apa-apa cedera,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

@malaysiatribune Seorang pengguna Jalan Raya Timur Barat Gerik–Jeli dan saudaranya berdepan detik cemas apabila kenderaan mereka disondol seekor gajah liar di RNR Armiza Banjaran Titiwangsa, semalam. Kejadian sekitar pukul 7 pagi itu menyebabkan kereta Honda City milik mangsa rosak termasuk pecah cermin bahagian pemandu. Difahamkan, gajah berkenaan dipercayai tertarik dengan bau sisa makanan dari tong sampah serta durian yang dibawa mangsa. #malaysiatribune #videoreelsシ #gajah ♬ original sound – malaysia tribune
Read Entire Article
Pertanian | | | |