[VIDEO] Didakwa disamun, remaja OKU sujud tanda terima kasih

4 hours ago 1

PETALING JAYA – PETALING JAYA – Seorang pengusaha makanan membantu seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa telah menjadi mangsa samun sebaik tiba di ibu kota.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @ezzuchang, kelihatan seorang remaja berbangsa India itu menceritakan detik cemas yang dialaminya kepada pengusaha makanan berkenaan.

“Saya sampai di TBS (Terminal Bersepadu Selatan), ada seorang lelaki kata dia nak bagi saya kerja. Saya ikut dia, tapi dia pukul kepala saya sampai bengkak. Beg dan dompet saya juga dia ambil,” katanya dalam video berkenaan.

Simpati dengan nasib remaja tersebut, pengusaha makanan terbabit menghulurkan bantuan dengan memberi makanan, minuman dan juga sepasang selipar.

Dia turut mendapatkan sebuah teksi untuk membawa remaja berkenaan kembali ke TBS bagi membolehkan dia pulang ke rumahnya.

Difahamkan, remaja tersebut tidak mempunyai ibu dan ayah.

Terharu dengan bantuan yang dihulurkan, remaja tersebut tunduk dan cuba bersujud di kaki lelaki berkenaan sebagai tanda berterima kasih.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya kagum dengan keprihatinan pengusaha makanan itu yang sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa.

“Adik tu sujud kaki sebab dia hargai orang tolong dia. Semoga abang murah rezeki,” komen @itsmeaixsyu_36

“Dia tak mintak duit pun, dia cuma nak makan saja. Terima kasih bang tolong dia,” kata Fiq.

“Walaupun OKU, tinggi adab dia. Semoga dipermudahkan urusan adik ni,” komen @fatenzakariaa – KOSMO! ONLINE.

@ezzuchang Kesian budak India OKU datang KL nak cari kerja. Tapi kena samun dekat TBS😢 #ezzuchang #oppazuzukl #fyp ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama
Read Entire Article
Pertanian | | | |