[VIDEO] Dari luar cantik, tapi dalam biar suasana berbicara

1 day ago 6

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok, berkongsi pengalaman seramnya melawat sebuah istana lama yang pernah menjadi tempat penggambaran filem seram popular, Pontianak Harum Sundal Malam di Kampung Bandar, Banting, Selangor.

Menerusi hantaran oleh @JannahRahman, ia memaparkan keadaan Istana Bandar yang tidak dijaga, tetapi masih bersih.

Bagaimanapun, suasana di istana yang dilengkapi 15 bilik itu menyeramkan, lebih-lebih lagi ketika berada di tingkat atas.

“Tingkat atas istana ini sesungguhnya membuat aku meremang, lebih baik tidak perlu naik, hanya ambil gambar daripada luar,” katanya.

Dia yang turut berkongsi momen menakutkan sepanjang berada di Istana Bandar adalah bunyi hentakan yang kuat pada bahagian atas dan tingkap yang menghempas seolah-olah ditiup angin.

“Masa nak naik tangga ini kami mula rasa meremang siap dengar bunyi kuat datang daripada tingkat atas.

“Rasa macam diperhatikan sangat tapi nasib baik tidak nampak apa-apa,” tulisnya dalam klip tersebut.

Orang ramai menerusi ruangan komen turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu mengunjungi istana lama berkenaan.

“Aku pergi berdua dalam pukul 11 tengah hari, tiada orang dan mulanya memang rasa tenang, kemudian aku pasang ayat Kursi dan tak lama selepas itu, bunyi daun tingkap dihempas kuat gila, kami pun tidak tunggu lama terus keluar,” komen @ShopAin.

“Saya dulu pernah juga ada penggambaran sebuah drama di situ dan salah satu kru kena rasuk teruk,” balas @Mohd. – KOSMO! ONLINE

@jannahabdrahman Tingkat atas dia serious meremang. Better tak payah naik, just amek gamba luar je 😌 #istanabandar #banting #istana #pontianakharumsundalmalam #istanabandarbukitjugra #jugra #castle #istanalama #sultanselangor #selangor #malaysia #seram #seramtiktok ♬ Sumpah Bunian – Qairi Ibrahim
Read Entire Article
Pertanian | | | |