[VIDEO] Berkali-kali salam guru, sebak hari terakhir persekolahan

12 hours ago 7

PETALING JAYA – Detik perpisahan seorang murid pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Peremba, Alor Setar, Kedah mengundang sebak apabila murid tersebut mencium tangan gurunya berkali-kali pada hari terakhir persekolahan.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @ammarsyahar, kelihatan guru berkenaan memujuk dengan memberi kata-kata semangat kepada murid tersebut yang tidak dapat menahan emosi ketika bersalaman.

“Hari terakhir sebelum ke alam menengah. Babak air mata,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai yang rata-ratanya turut tersentuh dan sebak dengan situasi tersebut.

“Berkali-kali cium tangan cikgu. Betapa jujur dan ikhlasnya anak syurga ni,” komen Hisyam Sabri.

“Cikgu ni mesti seorang yang sangat hebat, tidak menangis langsung. Kalau saya dah meleleh air mata waima saya lelaki,” kata Hasiff Miqdam.

“Saya anak menyanyi dan buat persembahan pun sedih menangis sebab anak saya ‘speech delay’ dan gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD). Bila tengok anak ada peningkatan, rasa sayu saja salam hati,” komen Hazaton Hasni. – KOSMO! ONLINE

@ammarsyahar Hari terakhir sebelum ke alam menengah.. babak air mata 😢.. #pendidikankhas #ppki #specialeducation #perpisahan #2025 ♬ Pasti – Cherpen
Read Entire Article
Pertanian | | | |