[VIDEO] ASEAN ke-47: ‘Happy Birthday Presiden Brazil’

4 hours ago 2

KUALA LUMPUR – Presiden Republik Persekutuan Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mendapat ‘kejutan’ nyanyian lagu Happy Birthday oleh pengamal media sempena hari ulang tahun kelahiran beliau ke-80 hari ini.

Lagu Happy Birthday berkenaan dinyanyikan oleh pengamal media semasa Lula sedang berjalan bersama-sama delegasi dari Brazil untuk masuk ke salah satu bilik mesyuarat bagi Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur ke-20 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Menerusi video dikongsikan pada TikTok Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lula kelihatan tersenyum ceria sewaktu melewati kumpulan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang menunggu di ruangan khas di luar bilik mesyuarat itu.

Beliau turut menunjukkan isyarat ibu jari ‘bagus’ selain mengangkat tangan kepada pengamal media.

Perkongsian video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok Malaysia yang meninggalkan komen ulang tahun kelahiran kepada Lula, selain ada menyifatkan beliau seorang yang mudah mesra.

“Selamat hari lahir Mr. President Brazil,” komen seorang pengguna TikTok.

“Kerana pemimpin jenis ‘sporting’ dan ‘cool’, sebab tu wartawan senang hati nak kerja boleh bergurau dan lawak jenaka dengan pemimpin luar. Kan seronok macam ni,” komen Nas Scrap Matel.

“Yang paling ceria semua para media. Seronok betul mereka,” ujar Niba.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, Lula mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan ia merupakan lawatan bersejarah amat bermakna kerana beliau hadir sebagai Tetamu Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan. – KOSMO! ONLINE.

@radiotelevisyenmalaysia Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva menyambut ulang tahun ke-80 hari ini. ✨ Happy birthday Mr. President 🥰 #ASEANSummit2025 #ASEANSummit47 #ASEAN ♬ original sound – RTM Malaysia Official
Read Entire Article
Pertanian | | | |