[VIDEO] APMM tak maklum apa-apa, kami lapor polis – Pengurusan Masjid Rusila

13 hours ago 5

MARANG – Jawatankuasa Masjid Rusila di sini mendakwa tidak memaklumkan terlebih dahulu oleh Maritim Malaysia (APMM) tentang aktiviti latihan melibatkan pasukan elit egensi itu pada 19 September lalu.

Pengerusi Masjid Rusila, Mohd. Azri Abdul Aziz mendakwa sebaliknya, pengurusan APMM hanya memohon maaf secara lisan setelah pihaknya membuat laporan polis.

“Pihak masjid tidak pernah menerima sebarang permohonan atau permakluman untuk apa-apa aktiviti dinyatakan secara lisan ataupun bertulis pada tarikh tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dihubungi juga memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti berkenaan,” dakwanya di sini hari ini.

Mohd. Azri mendakwa, ia mendorong pengurusan Masjid Rusila membuat laporan polis sebelum dihubungi pengurusan APMM bagi memaklumkan aktiviti dan memohon maaf secara lisan.

“Pihak masjid sangat kecewa dengan sikap dan tindakan tidak profesional ditunjukkan,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd. Rosli Abdullah menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya pasukan elit tersebut melakukan serangan di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan masjid berkenaan hanya menjadi lokasi beriktikaf dan rehat para pelatih selepas menunaikan solat Asar sebelum meneruskan latihan modul Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE). – KOSMO! ONLINE

@malaysia_times Sanggup fitnah anggota keselamatan demi mileage politik. #APMM #MARITIM #MASJIDRUSILA #fyp ♬ Suspense Cinematic – Guzer Music
Read Entire Article
Pertanian | | | |