[VIDEO] 10 jam tunggu keluar KLIA, pasport tertinggal dalam pesawat

10 hours ago 3

PETALING JAYA – Pelumba basikal bukit negara, Eddyna Zainal Abidin terpaksa menunggu kira-kira 10 jam untuk keluar dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pasportnya tertinggal di dalam pesawat, sekali gus perlu menunggu kapal terbang itu berpatah balik ke Malaysia.

Menerusi hantaran video dimuat naik pada TikTok Eddyna, atlet itu memaklumkan telah tiba di KLIA pukul 8.30 malam tadi dan selepas berjalan keluar, dia menyedari pasportnya diletakkan di dalam poket kerusi pesawat.

Difahamkan, kapal terbang itu melakukan penerbangan ke Manila, Filipina dan dia terpaksa menunggu 10 jam untuk pesawat yang sama melakukan perjalanan udara ke negara ini.

“8.30 malam mendarat KLIA, dah jalan jauh gila sampai imigresen, baru sedar pasport tertinggal dalam poket kerusi pesawat.

“Pesawat tersebut dah terbang pergi Manila. Kau tak boleh keluar sebab tak ada pasport. Member lain dah sampai rumah tidur,” katanya pada hantaran berkenaan dengan kapsyen kenangan pahit Sukan SEA Ke-33.

Menerusi ruangan komen, Eddyna memaklumkan telah keluar dari terminal KLIA selepas 10 jam menunggu pesawat tersebut bagi mendapatkan pasportnya.

“10 jam tunggu kapal terbang tu balik Malaysia baru boleh keluar,” katanya.

Menjawab pertanyaan pengguna TikTok lain, Eddyna memaklumkan sudah menjadi kebiasaannya untuk meletakkan pasport pada poket kerusi pesawat.

“Memang habit dari dulu sebab jenis tak bawa beg tangan. Kalau naik pesawat, memang telefon dan pasport letak dalam poket. Tapi nak jadi cerita, kali ni saya main telefon atas pesawat sampai mendarat.

“Sebab tu terlupa pasport ada dalam poket kerusi. Kalau tak, memang saya akan ambil telefon dan pasport dalam poket sebelum keluar,” katanya.

Katanya, sepanjang 10 jam tersebut, dia hanya menunggu dengan duduk di tepi dinding kaunter di dalam terminal KLIA. – KOSMO! ONLINE

@dynaevasivekenangan pahit seagames 33rd 😭

♬ C.H.R.I.S.Y.E hoodtrap remix prod. micin – prodbymicin

Read Entire Article
Pertanian | | | |