SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah apabila nanosatelit UiTMSAT-2 berjaya dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi roket H3 F7 dari Tanegashima, Jepun, tepat pukul 8 pagi waktu Malaysia, hari ini.
Pelancaran yang disiarkan secara langsung oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) itu meletakkan UiTM mengetuai misi satelit serantau pertama yang dibangunkan di bawah inisiatif ASEANSAT.
HTV-X1 dijangka berlabuh di ISS dalam masa 48 hingga 72 jam sebelum UiTMSAT-2 dilepaskan ke orbit rendah Bumi pada suku pertama 2026. Ketua Projek, Ts. Dr. Fatimah Zaharah Ali berkata, UiTMSAT-2 melambangkan keupayaan UiTM melahirkan bakat penyelidik muda yang mampu menerajui projek antarabangsa melalui pelaburan jangka panjang universiti.
Katanya, UiTMSAT-2 merupakan kesinambungan kejayaan UiTMSAT-1 yang dilancarkan pada 2018.
“Pembiayaan projek ini diperoleh melalui Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM500,000 dengan tambahan RM20,000 daripada Dana
Perkongsian Penyelidikan Strategik (SRP) UiTM.
” Filipina turut menyumbang USD40,000 (RM168, 540) manakala Thailand menyokong dari aspek peralatan dan kepakaran teknikal. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga terlibat memberi bimbingan teknikal dan pengesahan spesifikasi misi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
UiTMSAT-2 ialah satelit CubeSat 1U seberat 1.1 kilogram yang dilengkapi kamera beresolusi tinggi dan sistem
Internet of Things (IoT) bagi sokongan pertanian pintar,
pengurusan bencana serta penghantaran data kawasan terpencil.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, menyifatkan pencapaian ini merupakan simbol kekuatan UiTM dalam melahirkan bakat global dan memacu penyelidikan berimpak tinggi.
“UiTMSAT-2 membuktikan bahawa universiti tempatan mampu menjadi peneraju rantau ini dalam bidang angkasa dan inovasi masa depan.
“UiTM komited memperkukuh peranan sebagai pusat kecemerlangan teknologi serantau, selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi Globally Renowned University by 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
2







![[VIDEO] Dipaksa makan daging babi, minum arak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0524.jpeg)




![[VIDEO] Usahawan hartanah Azlan Al Amin, lima lelaki lain didakwa bergaduh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0516-e1761545380931.jpeg)






![[VIDEO] Rumah jadi longgokan sampah, penyewa enggan keluar](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0507.jpeg)





























