Ubah suai rumah kedai jadi pusat hiburan

2 weeks ago 22
SEPASUKAN polis dari IPD Nilai menyerbu sebuah pusat hiburan warga asing yang beroperasi di sebuah rumah kedai yang diubahsuai secara haram sempena Ops Noda Tahun Baharu 2026 di Taman Semarak 2 di Nilai. Foto IHSAN POLIS.
  • Oleh NOR SHAFAWATI YUP
  • 1 Januari 2026, 2:25 pm

NILAI – Kegiatan sebuah pusat hiburan warga asing yang beroperasi di sebuah rumah kedai di Taman Semarak 2 di sini terbongkar dalam serbuan Ops Noda sempena Tahun Baharu 2026 malam tadi.

Premis itu yang dipercayai diubah suai secara haram pernah disaman dan disita sebelum ini, namun masih meneruskam perniagaan sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menyerbu premis tersebut pada pukul 1.30 pagi.

“Seramai 20 warga Myanmar termasuk 14 wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an yang berada di premis ditahan. Kesemua mereka termasuk dua penjaga premis ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Johari, premis itu dipercayai memperoleh keuntungan sehingga RM600 sehari dan pelanggan terdiri daripada warga asing yang tinggal kawasan sekitar.

“Pemeriksaan mendapati premis itu pernah dikenakan tindakan saman dan sitaan pada Mac tahun lalu, tetapi disyaki menjalankan semula perniagaan sejak sebulan lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |