Trump tuduh Venezuela curi minyak AS

5 hours ago 4
Trump bercakap kepada pemberita selepas turun dari pesawat Air Force One di Pangkalan Bersama Andrews, Delaware pada 17 Disember 2025. - AFP
  • Oleh KOSMO!
  • 18 Disember 2025, 1:22 pm

WASHINGTON  –  Presiden Donald Trump menuduh Venezuela mencuri ‘semua’ minyak dari Amerika Syarikat (AS) ketika ketegangan antara Washington dan Caracas memuncak, lapor akhbar Metro UK semalam.

Terdapat desas-desus tentang potensi peperangan antara kedua-dua negara selepas Trump melancarkan Operasi Southern Spear untuk menghentikan aliran dadah ke AS beberapa bulan lalu.

Trump berkata, niatnya adalah ‘apa sahaja yang kami (AS) miliki’ dikembalikan oleh Venezuela.

Di bawah pemerintahan bekas Presiden Hugo Chavez, Venezuela merampas aset daripada beberapa syarikat minyak AS selepas beliau menjadikan telaga-telaga  minyak hak sebagai milik negara pada tahun 2007.

“(Mahu) mendapatkan tanah, hak minyak dan apa sahaja yang kami miliki. Mereka merampasnya kerana kami mempunyai (bekas) presiden yang mungkin tidak memerhatikannya.

“Kami mahukan semua ini kembali. Mereka merampas hak minyak kami. Kami mempunyai banyak telaga minyak di sana. Mereka membuang syarikat kami dan kami mahukannya kembali,” kata Trump.

Menurut laporan akhbar Washington Post, anggota tentera AS dipercayai diberikan  taklimat untuk operasi tentera laut yang lebih ‘kuat’ apabila pasukan tentera Amerika berkumpul di rantau Caribbean. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |