Trafik sesak, banjir kilat di Lebuh Raya NKVE

6 days ago 11
Keadaan banjir kilat di Lebuh Raya NKVE hari ini. Foto PLUS MALAYSIA
  • Oleh KOSMO!
  • 24 November 2025, 12:22 pm

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif susulan banjir kilat di kilometer (KM) 9.1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) hari ini.

Menurut Plus Malaysia, insiden banjir kilat itu melibatkan laluan sebelum dan selepas Plaza Tol Shah Alam.

“Setakat pukul 11.35 pagi, lorong kiri dan tengah serta susur naik ke Persimpangan Shah Alam masih lagi terhalang.

“Aliran trafik sesak dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |