KUALA LUMPUR – Pelakon Hun Haqeem mengakui berasa janggal dan malu melakonkan babak panas namun berjaya melakukannya dengan bantuan aktres Nabila Huda.
Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 28, untuk menyampaikan emosi atau menggambarkan babak intim tidak semestinya memerlukan sentuhan fizikal yang keterlaluan.
“Tipulah kalau saya kata tidak rasa janggal atau malu. Namun, semua orang di set sangat menghormati kerjaya masing-masing. Malah, Nabila Huda pelakon yang sangat hebat.
“Kadangkala, keintiman watak itu tidak memerlukan sentuhan fizikal yang melampau. Cukup sekadar melalui renungan mata yang ‘raw’ untuk menyampaikan emosi tersebut kepada penonton,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis tayangan drama Cela di TGV KLCC, di sini, semalam.
Sedar menjadi bahan kecaman selepas pelancaran video treler drama Cela, pelakon filem Soloz: Game of Life itu berharap masyarakat tidak terburu-buru menghukum sebaliknya menonton keseluruhan cerita bagi memahami jalan cerita dan emosi yang cuba disampaikan.
“Secara jujurnya, saya memang sudah menjangka reaksi sebegini. Namun, apa yang boleh saya katakan tanpa memberi sebarang ‘spoiler’, tontonlah dulu.
“Berikan peluang dan anda akan faham mengapa saya memilih untuk membawakan watak ini.
“Setiap karya yang saya jayakan, saya mahu memberi impak kepada penonton. Apabila membaca skrip Cela, saya dapat merasakan ‘kesakitan’ watak itu iaitu perasaan cinta terlarang yang tidak direstui keluarga, sesuatu yang sebenarnya sangat dekat dengan realiti masyarakat kita,” ujarnya.
Mengulas mengenai wataknya sebagai Kaer, Hun berkata, karekter itu dibentuk untuk memberi kesedaran kepada penonton tentang bahaya penipuan emosi atau manipulator yang boleh hadir dalam pelbagai rupa.
“Watak Kaer memerlukan wajah budak sekolah yang nampak suci. Jika tidak, mesej mengenai betapa bahayanya seorang manipulator di luar sana tidak akan sampai.
“Kami mahu menunjukkan bahawa manipulator boleh wujud di mana-mana, tidak kira lelaki atau perempuan.
“Selalunya dalam drama, kita lihat lelaki menjadi manipulator dan dianggap perkara biasa. Kali ini, kami cuba terbalikkan situasi dengan menunjukkan perempuan juga boleh melakukan perkara sama supaya penonton dapat berfikir mengenai realiti yang berlaku pada zaman sekarang,” katanya.
Cela merupakan siri suspen psikologi dan cinta gelap (dark romance) mendalam yang meneroka obsesi, rahsia serta kemaafan.
Siri terbaharu Viu tersebut akan mula distrim secara eksklusif bermula 20 Ogos dengan episod baharu disiarkan setiap hari Khamis dan Jumaat.
Selain Hun, drama arahan Feroz Kader dan terbitan Global Film Station Sdn. Bhd. itu turut dibintangi Nabila Huda, Zarif Ghazzi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ellyza Azizi, Zain Saidin dan Lisadawati. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4
















![[VIDEO] Keputusan rayuan ibu Zayn Rayyan 28 September ini](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-19-at-18.25.09-1.jpeg)


























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)



![[VIDEO]’Liza Hanim nak tumpang populariti saya, tak perlu melatah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/ameng-liza.jpg)