Tiga lelaki berparang samun peniaga kedai makan RM10,000

4 hours ago 4
Tangkap layar video kejadian samun di Sungai Jarom, Jenjarom semalam.
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 28 Oktober 2025, 10:31 pm

KUALA LANGAT – Detik cemas dilalui seorang peniaga kedai makan wanita berusia 48 tahun apabila tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang meluru masuk menyamun barang kemas menyebabkan dia kerugian kira-kira RM10,000 dalam kejadian di Sungai Jarom, Jenjarom di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 7 petang dengan siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek lelaki menutup muka dan bersenjatakan sebilah parang.

“Seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta disyaki jenis Proton Saga atau Perodua Bezza Suspek kemudian melarikan tiga utas rantai leher termasuk satu milik suami mangsa. Turut diambil dua bentuk cincin emas milik wanita itu,” katanya malam ini. Tambah Mohd. Akmalrizal, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek terlibat.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan beberapa lelaki bertopeng memasuki kedai makan itu dan melarikan diri selepas menyamun mangsa. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |