SHAH ALAM – Tiga individu termasuk seorang pegawai bank yang sebelum ini ditahan dalam operasi khas dikenali Op Sky melibatkan pemberian pinjaman ‘luar biasa’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, dengan nilai keseluruhan rasuah berjumlah RM449,998.61.
Kesemua tertuduh iaitu Muhammad Najmi Mu’az Pekan, 34, Muhammad Hafiz Farhan Mohd. Nor Izam, 30, dan Mohd. Kamarulzaman Zainudin, 40 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Muhammad Najmi didakwa empat pertuduhan rasuah berjumlah RM25,740.01 manakala Muhammad Hafiz Farhan dengan sembilan pertuduhan sebanyak RM46,092.40. Kedua-dua tertuduh itu melakukan kesalahan itu semasa bertugas sebagai eksekutif pembiayaan dan pegawai pemasaran daripada bank yang sama namun berlainan cawangan.
Mohd. Kamarulzaman merupakan pegawai pemasaran pula didakwa 30 pertuduhan bernilai
RM378,166.20.
Kesemua rasuah diterima mereka itu sebagai upah membantu memproses permohonan pinjaman peribadi pelanggan sebuah syarikat pengurusan kewangan.
Ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan antara Disember 2021 antara Disember 2024 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Subseksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Prosiding pembacaan pertuduhan bagi ketiga-tiga mengambil masa 90 minit.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Asmaa’ Zamri mencadangkan jaminan berjumlah RM100,000 bagi Mohd Kamarulzaman dan masing-masing RM25,000 untuk Muhammad Hafiz Farhan dan Muhammad Najmi Mu’az.
Selain itu, syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri ke Pejabat SPRM Putrajaya dan tidak menggangu saksi pendakwaan.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 kepada
Mohd. Kamarulzaman yang diwakili peguam Chua Yong Yi; Muhammad Hafiz diwakili peguam R. Palaya dijamin dengan RM10,000 sementara ikat jamin RM7,000 untuk
Muhammad Najmi yang diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman dijamin dengan RM7,000.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Disember bagi Muhammad Hafiz Farhan dan Muhammad Najmi Mu’az manakala 9 Disember bagi Mohd Kamarulzaman. – KOSMO! ONLINE
Caption
Muhammad Najmi dan Muhammad Hafiz (pakai blazer) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. FOTO/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

2 hours ago
4














































![[VIDEO] ‘Ini manusia akhir zaman, orang buat ibadat pun dihalau’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-2.57.36-PM-250x147.jpeg)


![[VIDEO] ‘Buat yang malas kerja, tolonglah sedar!’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-1.13.18-PM-250x141.jpeg)