PETALING JAYA – Tidak patut ada pelajar yang terpaksa menolak tawaran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hanya kerana masalah kewangan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika ada kes seperti itu, maklumkan kepada pihaknya kerana terdapat pelbagai cara untuk Mara membantu.
“Saya ingin menegaskan bahawa hanya ilmu pengetahuan boleh merubah kehidupan sesebuah keluarga. Mara ada pelbagai cara termasuk program Bantuan Khas Budi Mara.
“Bagi memastikan anak-anak ini tidak terhalang daripada menuntut ilmu sekaligus membina masa depan mereka dan memperkasakan agenda pendidikan buat anak bangsa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Asyraf Wajdi memaklumkan, beliau telah membantu seorang pelajar yang mendapat tawaran memasuki MRSM Jeli, Aqil Amsyar yang menghadapi masalah kewangan.
Menurutnya, keluarga pelajar pintar dari Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan itu bercadang menolak tawaran MRSM kerana memikirkan kos persiapan dan perbelanjaan awal yang perlu dikeluarkan.
Katanya, bapa pelajar itu uzur akibat kemalangan menyebabkan keluarga pelajar tersebut hanya bergantung kepada ibunya yang mengambil upah menjual kuih.
Ujar beliau, dalam keadaan tersebut, apa sahaja kos tambahan akan menjadi beban yang besar buat keluarga berkenaan.
“Saya sempat membuat panggilan video’ dengan Aqil. Seorang anak yang sopan, bersemangat dan jelas mempunyai potensi yang amat besar dalam akademik.
“Saya terus menghubungi sahabat saya, Datuk Hariri Mohd Noor, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, untuk menyampaikan bantuan perbelanjaan awal persediaan buat adik Aqil.
“Selamat maju jaya buat adik Aqil dan semoga menjadi insan yang berjaya yang mampu membanggakan kedua ibu-bapa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
4





![[VIDEO] Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/gajah-1.jpeg)











![[VIDEO] ‘Terpaksa lalu demi tugas’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-28-at-11.16.34-AM.jpeg)

![[VIDEO] JB-KL 8 jam memang ‘rabak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-28-at-11.01.09-AM.jpeg)





























