Tiada pindaan dibuat Anwar dalam perlembagaan berhubung kuasa orang Melayu

6 hours ago 5

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa tiada sebarang pindaan perlembagaan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kuasa orang-orang Melayu termasuk memperkecilkan mereka sejak Anwar menjadi pemimpin di negara ini.

Dr.Mahathir ,100, mengakui perkara demikian selepas disoal balas oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar dalam saman yang dikemukakan Mahathir terhadap perdana Menteri ke-10 itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Razlan: Adakah Tun tahu ada pindaan perlembagaan dibawah Datuk Seri Anwar memperkecil, mengurangkan kuasa orang-orang Melayu..ada atau tidak?
Mahathir: Tiada pindaan.

Razlan: Ketua Polis Negara dibawah defendan (Anwar) adalah orang Melayu, begitu juga dengan panglima tentera kita semua dari dulu orang Melayu.
Mahathir: Betul.

Razlan: Hakikatnya pentadbiran mana-mana dari segi jawatan senior dalam bidang keselamatan, bahagian kerajaan didominasi orang melayu?
Mahathir: Ya.

Sementara itu Dr. Mahathir dengan tegas turut menafikan beliau seorang pemimpin yang diktator sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Mahathir berkata, demikian selepas ketika sesi soal balas seorang peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar Ibrahim berhubung satu video.

Perbicaraan dihadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Donald Joseph Franklinn bersambung lagi pada 29 Oktober ini.

Berdasarkan dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr. Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Anwar dalam “Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Perlaksanaan Sebuah Idealisme’

Dr. Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutan, Dr. Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluar beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.

Menurut beliau, antaranya termasuk kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.

Sedangkan katanya, kenyataan berkenaan tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam penyataan pembelaan, 14 Jun tahun sama mendakwa, saman Dr. Mahathir sebagai melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Anwar berkata, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera kerana (ketika itu) enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |