Taska di tempat kerja ringankan beban warga KDN

1 month ago 24
Saifuddin Nasution bergambar kenangan ketika hadir Program Ziarah Kasih Madani di Taska Warisan De Qaseh Ibu Pejabat JPN Putrajaya, hari ini. ‎Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR
  • Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • 9 Disember 2025, 4:14 pm

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus menyokong kesejahteraan warga kerjanya khususnya dalam menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan taska ini penting sebagai sokongan kepada ibu bapa yang berkhidmat di jabatan-jabatan bawah KDN.

Menurutnya, beliau bersama kepimpinan tertinggi KDN melawat Taska Warisan De’ Qaseh yang beroperasi di bangunan Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Program Ziarah Kasih Madani.

“Taska ini beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 6 petang dan khusus bagi ibu bapa yang bertugas di Putrajaya. Saya dapati ruang taska selesa, bersih dan penuh dengan suasana ceria.

“Mudah-mudahan suasana yang kondusif ini akan memberi ketenangan kepada ibu bapa yang meninggalkan anak di sini untuk membolehkan mereka fokus kepada tugasan mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Taska Warisan De’ Qaseh, JPN hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |