Tapir 250kg mati, kena langgar lari kenderaan berat

4 hours ago 4
Tapir jantan yang ditemui mati dilanggar di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Lembah Lemang Kijal, Kemaman hari ini.
  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 26 Disember 2025, 4:04 pm

KEMAMAN – Seekor tapir jantan ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Lembah Lemang Kijal di sini hari ini.

Bangkai haiwan liar seberat 250 kilogram (kg) itu ditemui mati oleh pengguna jalan raya pada pukul 11.40 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pemeriksaan menemui kesan kecederaan pada bahagian mulut, kaki dan badan bangkai tapir dewasa tersebut.

“Empat anggota Perhilitan Kemaman telah kemudiannya mengambil bangkai tapir itu untuk tujuan pelupusan, katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |