Tangkap layar video kejadian tanah runtuh di Paya Terubong yang disahkan tidak benar dan hanya rekaan AI.
- Oleh NOOR HASLIZA NUSI
- 24 Oktober 2025, 7:37 pm
GEORGE TOWN – Video tanah runtuh di Paya Terubong di sini mengakibatkan seorang mangsa tertimbus disahkan tidak benar dan hanyalah rekaan kecerdasan buatan (AI).
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari mengesahkan perkara tersebut menerusi Facebooknya petang tadi.
“Berikut adalah video berita palsu (AI) yang sedang disebarkan melalui WhatsApp terhadap kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Paya Terubong.
“Diharap pelaku lebih bertanggungjawab terutama waktu-waktu seperti ini. Jangan sebar berita palsu,” katanya di sini.
Terdahulu, video berdurasi enam saat itu telah mengejutkan semua pengguna media sosial apabila memperlihatkan kelibat seorang mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan ketika cuba menghampiri kenderaan yang diparkir berhampiran lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
6
















































![[VIDEO] Salah treler atau kereta parkir tepi jalan?](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-12.07.29-PM-250x145.jpeg)
