Tak sempat solat Jumaat, warga emas ditemui maut dalam parit

1 month ago 23
  • Oleh ADNAN IBRAHIM
  • 27 Disember 2024, 9:19 pm
MOTOSIKAL yang ditunggang oleh Naim Suib ditemui berada dalam longkang besar di Kampung Tengah Dalam ketika pergi ke Masjid Kampung Tengah untuk menunaikan solat Jumaat tengahari tadi.- Foto Adnan Ibrahim

KLUANG – Hasrat seorang lelaki untuk pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Tengah tidak kesampaian selepas ditemui maut di dalam parit besar oleh penduduk yang turut ingin ke masjid sama tengahari tadi.

Rohana Idris, 56, berkata, suaminya Naim Suib, 61, keluar dari rumah untuk ke masjid kira-kira pukul 12.15 tengahari dan ditemui berada dalam parit besar itu pukul 1 petang oleh penduduk kampung.

Katanya, kejadian berlaku hanya kira-kira 500 meter dari rumah dan ketika keluar ke masjid dalam keadaan sihat tanpa menunjukkan sebarang masalah yang menunjukkan akan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Dia sempat bermain dengan cucu perempuan berusia tiga bulan sebelum membuat persiapan untuk bersembahyang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan kejadian yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam longkang besar.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |