Zahnita tekad teruskan perceraian, ‘happy mom is happy family’

1 day ago 7

KUANTAN – “Happy mom is happy family,” kata bekas model Zahnita Wilson ketika ditanya sama ada dia akan kembali bersama suaminya Abd Zackery Ghouse,47, demi masa depan empat anaknya.

Zahnita yang ditemui di mahkamah berkata, dia tetap akan meneruskan perceraian kerana sudah ridak berasa selamat untuknya dan anak-anak di bawah satu bumbung yang sedang runtuh.

“Jika saya bersama dalam keadaan yang tertekan dari segi emosi dan mental tidak selamat juga untuk anak-anak sebab happy mom is happy family.

“Jika mom tidak happy anak-anak tidak happy juga, kalau terlalu tertekan, emosi tidak gembira bawah satu bumbung adalah tidak selamat juga untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Kuantan di sini hari ini bagi sebutan semula tiga kes iaitu tuntutan atau permohonan perceraian, permohonan perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadhanah atau hak lawatan serta hak bermalam terhadap anak-anaknya.

Mahkamah menetapkan pada 19 Mei depan bagi mendengar sebutan semula kes perceraian dan injunksi manakala pada 14 Julai depan bagi kes hadhanah.

Bagi kes perceraian, mahkamah rendah syariah telah melantik Mohd Julian Hussein Wilson Hussein bagi mewakili Zahnita sebagai ahkam dan Parwish Mohd Yusof bagi mewakili Abd Zackery.

Menurut Zahnita beliau berharap pelantikan abang sulungnya sebagai wakil akan dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dibebaninya selama ini.

Katanya, berdasarkan respon tiga anaknya yang tinggal bersamanya pada masa ini adalah mereka gembira tinggal bersamanya.

“Mereka gembira bersama saya di rumah, sebab ya lah bila emak dan ayah selalu bergaduh, selalu salah faham depan anak anak adalah tidak baik untuk mereka, jadi sekarang kita berpisah dan masing-masing cuba kehidupan masing-masing,”ujarnya.

Sementara itu Abd. Zackery berkata, berdasarkan kepada pertemuan dengan anak-anaknya, mereka memaklumkan mahu ibu dan bapa kembali bersama dan menjalani kehidupan bahagia sebuah keluarga.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |