Tak perasan jalan runtuh, Satria Neo jatuh gaung

2 hours ago 1
Keadaan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo yang terjatuh ke dalam gaung di kawasan tanah runtuh di Kilometer 45, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH
  • Oleh AIMUNI TUAN LAH
  • 3 Disember 2025, 10:29 am

GUA MUSANG – Akibat tidak perasan jalan runtuh, seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dia pandu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 45, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kereta jenis Proton Satria Neo dipandu Che Mohd. Rizal Che Ali, 19, terjatuh ke dalam gaung yang terhasil akibat daripada runtuhan tanah selepas laluan itu mula ditutup pada pukul 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta berkenaan dari arah Cameron Highland untuk pulang ke rumahnya di Pasir Puteh dekat sini.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami patah tangan kiri dan dibawa oleh ambulans ke Klinik Kesihatan Pos Brooke di sini untuk rawatan awal,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, polis sedang mencari saksi dalam kejadian itu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |