MELAKA – “Tahun lepas saya seorang, cuma tahun ini pula dengan Ammar.”
Demikian respons usahawan juga pempengaruh terkenal, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood, 34, yang sekali lagi dilantik sebagai duta jenama tekstil terkenal, Jakel, tahun ini.
Jika tahun lepas dihangatkan dengan kes perceraian, dalam kempen tahun kedua kali ini, Cik Epal hadir dengan wajah berseri-seri bergandingan dengan pembantu peribadinya, Ammar, yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengannya dan dikatakan sedang melakukan persiapan ke fasa baharu.
“Terima kasih Jakel sudi ambil saya lagi jadi duta bagi tahun kedua. Tahun lepas saya seorang, cuma tahun ini pula dengan Ammar,” kata Cik Epal sambil tersenyum manis ketika ditemui pada majlis Meet And Greet di Jakel Melaka, semalam.
Ammar pula tidak ketinggalan berkongsi rasa teruja apabila diberikan peluang beraksi sebagai duta.
“Sebelum ini saya hanya teman Cik Epal sahaja dekat Jakel, jadi tahun ni diberi peluang untuk jadi duta. Alhamdulillah,” katanya ringkas.
Pada majlis itu, turut bersama adalah Kumpulan Senario juga kekal sebagai duta.
Majlis bertambah meriah apabila Senario tidak melepaskan peluang mengusik pasangan berkenaan dengan Wahid secara spontan menyanyi lirik popular, “dulu bujang, sekarang dah kahwin”, daripada lagu legenda Dulu Lain, Sekarang Lain nyanyian asal Allahyarham Tan Sri S.M. Salim.
“Tapi sebab belum kahwin, tak jadi lagu tu. Tunggu eh, tunggu eh,” kata Wahid yang membuatkan pasangan tersebut kelihatan tersipu.
Selain itu, pada majlis tersebut Senario yang dihadiri Wahid, Saiful Apek, Yassin Yahya dan Lan Pet Pet turut menghiburkan tetamu dengan persembahan lagu Joget Toleh Menoleh.
Turut dinyanyikan secara spontan adalah lagu Cari Tapak, yang menjadi OST filem komedi popular Lagi-Lagi Senario (2001), sekuel kepada Senario The Movie dan Senario Lagi, arahan Aziz M. Osman.

11 hours ago
4









![[VIDEO] Saya sedia ‘rematch’ – Yusuf Azmi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-21-at-1.51.56-PM.jpeg)







































