KUALA LUMPUR – Selepas mempamerkan aksi cukup baik dalam acara berpasukan pada temasya Sukan SEA Thailand 2025, perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching diharap dapat mengekalkan momentum itu menerusi acara individu yang bermula esok.
Pemain No.46 dunia itu mempamerkan aksi cukup baik ketika membantu skuad wanita dalam acara berpasukan, terutamanya ketika menewaskan jaguh perseorangan Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung di separuh akhir.
Legenda badminton tanah air, Datuk Rashid Sidek menghamburkan pujian kepada pemain kelahiran Miri, Sarawak itu selain tidak menolak kemungkinan dia mampu melakar kejutan dengan melangkah jauh dalam saingan individu.
“Kalau tengok prestasinya, memang bagus dan positif. Kalau tengok dari segi keberanian, dia juga tidak kisah siapa lawannya kerana sentiasa memberikan perhatian untuk menampilkan aksi terbaik.
RASHID (belakang, dua dari kanan) bersama barisan pelakon filem Sentuhan Wira. – SHIDDIEQIIN ZON“Saya tidak terkejut seandainya Ling Ching boleh melakukan kejutan dalam acara individu nanti kerana dia ada kualiti itu. Sebelum ini pun dia pernah tewaskan pemain-pemain ternama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman barisan pelakon utama filem Sentuhan Wira yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.
Pada masa sama, Rashid juga percaya kemampuan pemain berusia 22 tahun itu akan terus meningkat sekiranya terus kekal bekerja keras dalam latihan selain tidak takut setiap kali masuk ke gelanggang.
“Saya memang pernah tengok dia bermain dan memang dia ada karakter yang bagus dan sentiasa cuba meningkatkan permainan. Dia ada kelebihan dari segi mental dan teknik permainan juga bagus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5

![[VIDEO] ‘Lumpur sampai dua meter, lima orang pun tak mampu angkat kereta’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/BANJIR-ACEH.jpeg)















































